Thursday, February 11, 2010

JANGAN JADI GOLONGAN PENDEK AKAL

Lumrah manusia - ingin berkuasa, suka disokong dan disanjung.

Ada yang rasa dirinya lebih bijak daripada orang lain, akan mempergunakan kelemahan orang lain untuk kepentingan dan mencapai hajat dan hasratnya.

Malah ada juga manusia yang sanggup melakukan apa saja cara untuk mencapai hasrat dan cita-citanya. Inilah yang dikatakan menghalalkan apa saja cara untuk mencapai matlamat.

Lebih jauh dari itu, ada manusia yang tergamak memperalatkan agama dan al-Quran untuk menggapaikan apa yang dimpikan atau untuk mempertahankan kuasa yang digenggamnya. Yang peliknya, ramai juga yang terpengaruh dengan cara itu. Kebanyakan mereka itu pula bukannya calang-calang orang. Ada yang berkelulusan tinggi dan ada bijak pandai dalam agama. Ajaran sesat misalnya, hairan juga, golongan manakah mereka itu mudah terpengaruh? Cetek benarkah ilmu mereka?

Malah ada juga yang cuba memutarbelitkan keputusan undang-undang dan mahkamah demi kepentingan diri.

Kenapa dia berbuat begitu? Kerana masih terdapat ramai antara kita yang pendek akal dan cetek ilmu, yang mudah terpengaruh dengan membuta tuli.

No comments:

Post a Comment