Presiden Reformasi, Ramlan Abu Bakar berkata, dalam ceramah tersebut, pelbagai tohmohan dilemparkan terhadap pemimpin Barisan Nasuinal (BN) yang kobonnya berkomplot menjatuhkan masa depan politik Anwar dan pakatan pembangkang melalui kes liwat.
Jelas beliau, berdasarkan pengalaman Reformasi bersama dengan Anwar dahulu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berbuat demikian dengan harapan rakyat akan bangkit dan mengadakan demonstrasi bagi membelanya.
"Reformasi berharap berharap rakyat tidak terpengaruh dengan politik murahan Anwar," ujarnya kepada Utusan Malaysia menerusi khidmat pesanan ringkas.
Reformasi merupakan pertubuhan bukan kerajaan dianggotai majoriti oleh mereka yang pernah terlibat dalam demonstrasi jalanan sekitar lewat 1990-an.
WAN AZIZAH 'PELAKON' HEBAT - NALLA
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail selayaknya diberi anugerah 'Pelakon Wanita Terbaik 2010' atas kehebatan lakonannya ketika berdepan dengan rakyat.
Begitulah cadangan Datuk Nallakaruppan yang secara sinis yang meminta Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi , Datuk Seri Rais Yatim untuk mempertimbangkannya.
"Saya amat yakin kelak Wan Azizah mampu meraih 'Anugerah Aca demy' di Hollywood," katanya kepada Utusan Malaysia.
Nallakaruppan mengulas kenyataan Wan Azizah dalam sebuah akhbar Australia semalam yang menyifatkan perbicaraan kes liwat suaminya merupakan sebahagian daripada usaha untuk menamatkan karier politik ketua pembangkang itu.
Dakwanya, Wan Azizah seorang wanita yang hebat kerana boleh melalui kes dakwaan berkaitan moral suaminya.
Mengenai perbicaraan Anwar, Nallakaruppan berkata, bekas sahabat karibnya itu sepatutnya menjadi seorang lelaki budiman dengan berhadapan segala pertuduhan yang dihadapinya.
"Mangsa membuat laporan dan pendakwa kata ada bukti. Kalau lelaki yang gentleman, dia bukan saja akan hadapi perbicaraan tetapi berharap ia dijalankan secepat mungkin kerana itu penting bagi membersihkan namanya," ujarnya.
