Thursday, February 25, 2010

USAH TERPEDAYA CERAMAH PEMBANGKANG

Gerakan Reformasi Rakyat malaysia (Reformis) mengingatkan rakyat agar tidak terpengaruh dengan kandungan ceramah umum yang kini giat diadakan di seluruh negara oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin pakatan pembangkang lain.

Presiden Reformasi, Ramlan Abu Bakar berkata, dalam ceramah tersebut, pelbagai tohmohan dilemparkan terhadap pemimpin Barisan Nasuinal (BN) yang kobonnya berkomplot menjatuhkan masa depan politik Anwar dan pakatan pembangkang melalui kes liwat.

Jelas beliau, berdasarkan pengalaman Reformasi bersama dengan Anwar dahulu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berbuat demikian dengan harapan rakyat akan bangkit dan mengadakan demonstrasi bagi membelanya.

"Reformasi berharap berharap rakyat tidak terpengaruh dengan politik murahan Anwar," ujarnya kepada Utusan Malaysia menerusi khidmat pesanan ringkas.

Reformasi merupakan pertubuhan bukan kerajaan dianggotai majoriti oleh mereka yang pernah terlibat dalam demonstrasi jalanan sekitar lewat 1990-an.

Anwar dan Wan Azizah Pictures, Images and Photos

WAN AZIZAH 'PELAKON' HEBAT - NALLA


Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail selayaknya diberi anugerah 'Pelakon Wanita Terbaik 2010' atas kehebatan lakonannya ketika berdepan dengan rakyat.

Begitulah cadangan Datuk Nallakaruppan yang secara sinis yang meminta Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi , Datuk Seri Rais Yatim untuk mempertimbangkannya.

"Saya amat yakin kelak Wan Azizah mampu meraih 'Anugerah Aca demy' di Hollywood," katanya kepada Utusan Malaysia.

Nallakaruppan mengulas kenyataan Wan Azizah dalam sebuah akhbar Australia semalam yang menyifatkan perbicaraan kes liwat suaminya merupakan sebahagian daripada usaha untuk menamatkan karier politik ketua pembangkang itu.

Dakwanya, Wan Azizah seorang wanita yang hebat kerana boleh melalui kes dakwaan berkaitan moral suaminya.

Mengenai perbicaraan Anwar, Nallakaruppan berkata, bekas sahabat karibnya itu sepatutnya menjadi seorang lelaki budiman dengan berhadapan segala pertuduhan yang dihadapinya.

"Mangsa membuat laporan dan pendakwa kata ada bukti. Kalau lelaki yang gentleman, dia bukan saja akan hadapi perbicaraan tetapi berharap ia dijalankan secepat mungkin kerana itu penting bagi membersihkan namanya," ujarnya.

Tuesday, February 23, 2010

MERAMPAS KELANTAN: CITA-CITA ATAU ANGAN-ANGAN UMNO..?

Cita-cita (angan-angan?) UMNO/BN untuk menawan Kelantan sejak dulu tak pernah padam. Berpuluh-puluh tahun diuar-uarkan segala hasrat dam matlamat itu. Namun sehingga kini masih juga tak berhasil biarpun pemimpin UMNO di negeri itu silih berganti.

Berbilion-lion ringgit juga telah dilaburkan di Kelantan (setiap tahun?), yang sudah tentunya berhasrat untuk mencapai matlamat itu. Dalam RMK-9 saja sebanyak RM7.6 bilion telah dilaburkan lagi di negeri itu, yang mungkin lebih banyak daripada diberikan kepada negeri-negeri yang diperintah kerajaan BN sendiri. Semuanya itu sebagai daya penarik untuk rakyat negeri itu.

Walaupun diuar-uar dengan lantang negeri itu akan dirampas oleh UMNO/BN setiap masa atau setiap menjelang PRU, hasilnya tetap juga boleh dikatakan 'habuk pun tarak'.

Persoalannya, jika sebuah negeri diperintah pembangkang itu berterusan mendapat layanan lebih istimewa berbanding negeri-negeri diperintah BN/UMNO sendiri, dan begitu juga segala macam kemudahan disediakan untuk rakyat-rakyatnya berbanding rakyat-rakyat negeri lain, apakah lagi yang mereka mahu? Akan tergerak hati rakyat negeri itu untuk mengetepikan pembangkang (yang mungkin bermakna akan menolak segala kesenangan dan kemudahan yang mereka kecapi dari kerajaan BN/UMNO selama ini) dan sudi/inginkah mereka beralih arah kepada UMNO/BN (yang mungkin akan hilang segala nikmat yang dikecapi daripada BN/UMNO selama ni?).

Fikir-fikirkanlah.

Petikan daripada Utusan Malaysia (23/02/10) di bawah tajuk: Wajudkah cahaya bagi UMNO merampas Kelantan, yang berbunyi: Budaya cah keting dan perasaan tidak ingin menang pilihan raya di kalangan pemimpin UMNO menjadi antara bahan jenaka penduduk negeri itu ketika waktu santai.

"Pas bukannya kuat sangat tapi masalahnya UMNO sendiri yang 'tok sae' (tidak mahu) menang, jika menang projek akan masuk melalui Menteri Besar tetapi jika kalah projek dapat ke Ketua Bahagian."

Sesungguhnya jenaka itu juga perlu difikir-fikirkan bersama.

Saturday, February 20, 2010

BERDEPANLAH DENGAN UNDANG-UNDANG DENGAN BERANI

Kalau setiap pemimpin pembangkang yang dikenakan tindakan undang-undang atas apa saja kesalahan, mestikah ia akan disebarkan ke Australia atau negara-negara yang ada hubungan baik dengan pemimpin pembangkang, untuk mendapat sokongan ahli Parlimen mereka supaya membantah tindakan undang-undang itu?

Contohnya, apa yang sedang dilakukan Anwar yang sedang berdepan dengan tuduhan meliwat oleh Saiful?

Adilkan sekiranya ia dibuat secara begitu? Apa pula nasib manusia seperti Saiful itu yang tiada kabel atau hubungan dengan mana-mana pembesar negara luar?

Sebenarnya perbuatan begitu tidak seharusnya berlaku. 50 Ahli Parlimen Australia itu bukan saja tidak bermoral kerana tidak tahu menghormatan undang-undang negara orang, malah mereka juga sebenarnya tidak bertamadun minda, walaupun negara mereka bertamadun.

Benar seperti yang dikatakan DS Najib, masalah yang dihadapi Anwar ialah masalah peribadi antara dia dengan bekas pembantu peribadinya. Kenapa perlu disabitkan atas nama negara?

Friday, February 12, 2010

MALANG USAHAWAN MELAYU

Sekarang kita boleh melihat taring sebenar bukan Melayu apabila ada di kalangan mereka mencadangkan perniagaan patut'brutal', ertinya bersikap kejam. Yang mana kuat boleh berbuat sesuka hatidengan yang lemah. Juga segala subsidi patut dibuang dan kerajaan tidak patut jadi 'big brother' (abang sulung).

Seperti yang dinyatakan oleh Kunta Kinte, orang-orang seperti Francis Yeoh, Robert Kuok, Ananda Krishnan, Lim Goh Tong dan Vincent Tan semuanya kaya-raya disebabkan pertolongan kerajaan sehinggakan ada loji tenaga bebas yang keluarannya terpaksa dibayar tetapi tidak digunakan.

Rancangan-rancangan Malaysia yang pertama sehingga ke sembilan yang berjumlah mungkin lebih RM1.2trilion, siapa sebenarnya lebih mendapat manfaat kalau bukan peniaga bukan Melayu.

Pada masa ini, bank yang ditubuh khas untuk usahawan Melayu kecil dan sederhana lebih berminat melelong aset syarikat yang mempunyai masalah daripada mendengar jalan penyelesaian. Inikah yang dikatakan institusi sokongan yang membantu? Sehingga sokongan daripada menteri pun tidak dipedulikan. Sebab apa?

Sebab mereka telah sediakan agen untuk melelong, peguam dan kaki-kaki yang ada kaitan dengan urusan melelong dan daripada tindakan begitu, mereka akan dapat bahagian mereka.

Orang-orang beginilah yang yang boleh dikatakan pengkhianat bangsa dan wajib disingkirkan.

Sumber: Utusan (Saranan Salleh).

Kesimpulan: Mengenai sikap bank yang lebih suka melelong aset syarikat yang mempunyai masalah disebabkan berselindung muslihat tertentu seperti dibangkitkan itu, harus dipandang serius dan disusuli selidikan serta tindakan segera oleh kerajaan.

Memang tak dinafikan, ramai yang dilantik sebagai pegawai besar yang bergaji lumayan untuk membantu pihak-pihak yang memerlukan terutama usahawan Melayu, sebaliknya mereka itu tak mempunyai jiwa, perasaan dan mentaliti Melayu. Kepentingan diri lebih dipentingkan.

Sebab itulah setiap masalah yang berkaitan dengan Melayu, tak pernah selesai. Malang sungguh..!

PP BATALKAN PERARAKAN MAULIDUR RASUL

pulau pinang Pictures, Images and Photos

Kerajaan Pulau Pinang membatalkan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini.

Walaupun beberapa pihak terutama umat Islam rasa terkilan dan kesal dengan keadaan itu, kerajaan negeri tentunya mempunyai alasan tersendiri yang menyebabkan tindakan itu terpaksa diambil.

Meskipun ramai yang terkecewa, namun begitulah keputusannya (setakat ini). Keputusan dari negeri yang ditadbir oleh ketuanya yang mengakui mengikut prinsip-prinsip Khalifah Omar Abdul Aziz itu.

Apa nak buat, sesiapa yang rasa kecewa dan kesal dengan tindakan itu, harap bersabar sajalah.

Kata orang, apa yang depa cari, itulah yang depa dapat. Kalau tersilap cari melambangkan otak depa sendiri yang berkarat!

Thursday, February 11, 2010

JANGAN JADI GOLONGAN PENDEK AKAL

Lumrah manusia - ingin berkuasa, suka disokong dan disanjung.

Ada yang rasa dirinya lebih bijak daripada orang lain, akan mempergunakan kelemahan orang lain untuk kepentingan dan mencapai hajat dan hasratnya.

Malah ada juga manusia yang sanggup melakukan apa saja cara untuk mencapai hasrat dan cita-citanya. Inilah yang dikatakan menghalalkan apa saja cara untuk mencapai matlamat.

Lebih jauh dari itu, ada manusia yang tergamak memperalatkan agama dan al-Quran untuk menggapaikan apa yang dimpikan atau untuk mempertahankan kuasa yang digenggamnya. Yang peliknya, ramai juga yang terpengaruh dengan cara itu. Kebanyakan mereka itu pula bukannya calang-calang orang. Ada yang berkelulusan tinggi dan ada bijak pandai dalam agama. Ajaran sesat misalnya, hairan juga, golongan manakah mereka itu mudah terpengaruh? Cetek benarkah ilmu mereka?

Malah ada juga yang cuba memutarbelitkan keputusan undang-undang dan mahkamah demi kepentingan diri.

Kenapa dia berbuat begitu? Kerana masih terdapat ramai antara kita yang pendek akal dan cetek ilmu, yang mudah terpengaruh dengan membuta tuli.

Wednesday, February 10, 2010

MALANG ORANG KITA

Malang orang kita
tegur sikit dituduh mengata.

Walaupun pakai serban
asyik nak merapu meraban.

Walaupun pakai kupiah
sesama Islam nak pecah-belah.

Walaupun pakai songkok
nampak baik hati bengkok.

Ada akal ada kepala
tak boleh pakai tak tau hulu hala.