Cita-cita (angan-angan?) UMNO/BN untuk menawan Kelantan sejak dulu tak pernah padam. Berpuluh-puluh tahun diuar-uarkan segala hasrat dam matlamat itu. Namun sehingga kini masih juga tak berhasil biarpun pemimpin UMNO di negeri itu silih berganti.
Berbilion-lion ringgit juga telah dilaburkan di Kelantan (setiap tahun?), yang sudah tentunya berhasrat untuk mencapai matlamat itu. Dalam RMK-9 saja sebanyak RM7.6 bilion telah dilaburkan lagi di negeri itu, yang mungkin lebih banyak daripada diberikan kepada negeri-negeri yang diperintah kerajaan BN sendiri. Semuanya itu sebagai daya penarik untuk rakyat negeri itu.
Walaupun diuar-uar dengan lantang negeri itu akan dirampas oleh UMNO/BN setiap masa atau setiap menjelang PRU, hasilnya tetap juga boleh dikatakan 'habuk pun tarak'.
Persoalannya, jika sebuah negeri diperintah pembangkang itu berterusan mendapat layanan lebih istimewa berbanding negeri-negeri diperintah BN/UMNO sendiri, dan begitu juga segala macam kemudahan disediakan untuk rakyat-rakyatnya berbanding rakyat-rakyat negeri lain, apakah lagi yang mereka mahu? Akan tergerak hati rakyat negeri itu untuk mengetepikan pembangkang (yang mungkin bermakna akan menolak segala kesenangan dan kemudahan yang mereka kecapi dari kerajaan BN/UMNO selama ini) dan sudi/inginkah mereka beralih arah kepada UMNO/BN (yang mungkin akan hilang segala nikmat yang dikecapi daripada BN/UMNO selama ni?).
Fikir-fikirkanlah.
Petikan daripada Utusan Malaysia (23/02/10) di bawah tajuk: Wajudkah cahaya bagi UMNO merampas Kelantan, yang berbunyi: Budaya cah keting dan perasaan tidak ingin menang pilihan raya di kalangan pemimpin UMNO menjadi antara bahan jenaka penduduk negeri itu ketika waktu santai.
"Pas bukannya kuat sangat tapi masalahnya UMNO sendiri yang 'tok sae' (tidak mahu) menang, jika menang projek akan masuk melalui Menteri Besar tetapi jika kalah projek dapat ke Ketua Bahagian."
Sesungguhnya jenaka itu juga perlu difikir-fikirkan bersama.
Ceramah PGU - Cikgu Normala Sudirman
10 years ago

No comments:
Post a Comment